Wednesday, November 23, 2016

Beautiful Mind

| Aku baru je habis menonton drama Korea yang best, wonderful, amazing dan superb pada pandangan aku selama kau duk menonton korean drama ni. Sebenarnya tanpa sengaja termenonton drama ni. Ye la, dah lama download ada dalam thumbdrive tapi tak tertengok2 lagi sampai la last week sebab boring ke apa aku pun tak tau. a week before aku duk habiskan tengok drama Cunning Single Lady and so in love dengan pelakon dia Joo Sang Wook and then sebab drama tu dah habis, aku bosan time weekend aku pon time tu kena period pain. nak keluar ke mana-mana pon memanglah tak larat. Jadi aku decide to watch drama. Jadi aku godek-godek lah thumbdrive tengok apa yang ada kat dalam tu. emmm ada cite The Heirs sebab aku plan nak marathon tengok drama ni balik tapi entah kenapa rasa macam tak nak tengok pulak drama tu, godek-godek lagi thumbdrive, sekali ternampak drama Beautiful Mind ada dalam 5 episod camtu. Ok, why don't give it a try because aku tak yakin sangat dengan drama ni sebab aku tak suka sangat dengan Jang Hyuk dan Park So Dam pon sebab aku tengok dia dalam drama Cinderella and the fourth knight. so, I gave the drama a try. and....guess what?? teka apa jadi? aku terus jatuh cinta. first, bukan dengan pelakon, tetapi dengan jalan ceritanya..|

| Jalan cerita drama Beautiful Mind ni sangat lain daripada cerita bertemakan kedoktoran yang aku pernah tengok. Tidak terlalu beratkan elemen percintaan. Elemen percintaan itu ada (of course perlu ada, doktor pon manusia juga mestilah nak bercinta bukan? haha) tetapi ia tidak diberatkan sangat sebab ada lagi elemen-elemen lain yang perlu dititikberatkan dalam drama ini iaitu tentang identiti seorang doktor, Lee Young Oh (Jang Hyuk) yang menghidapi satu penyakit yang tiada rasa simpati dan tiada perasaan lain sejak dari kecil dan dilatih oleh bapanya (actually bapa angkat) Dr Lee Gun Myung untuk mengetahui perasaan orang lain melalui bahasa badan. Setelah membesar dengan tiada perasaan dia berjaya menjadi seorang doktor pakar bedah yang sangat hebat dan berkhidmat di sebuah hospital yang sama dengan bapanya. Di sini bermula konflik antara dia dengan bapanya, dengan pengurusan hospital, dengan pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengaut keuntungan semata-mata, dengan kekasih yang mengkhianati dia kerana hanya kepentingan sendiri, tetapi di sebalik semua konflik itu, dia berjaya mengenali seseorang yang dapat membantu dia keluar dari dunia gelap dia dan berubah menjadi seorang yang baru dan lebih baik.|



















| Dengan drama ini secara rasminya aku isytiharkan diri aku sebagai peminat Jang Hyuk haha. yela sebelum ni pandang sebelah mata je. tak peduli pon drama atau filem apa yang dia berlakon, yelah tak minat kan..ha hamek ko! sekali dah terkena dengan drama ni.. terjatuh cinta dengan oppa Jang Hyuk. seriously, dia sungguh berkarisma dan membawakan watak seorang yang tiada perasaan itu dengan baik sekali dan yang paling membuatkan aku suka dengan Jang Hyuk, dia seperti sangat baik dengan pasangannya dalam drama, tidak memaksa, tidak kekok dan dia nampak sungguh friendly dan boleh berlakon dengan baik dengan semua orang walaupon watak yang dibawanya adalah seseorang yang mempunyai anti social disorder. tapi kita boleh nampak yang dia ikhlas bawa watak itu dan watak itu memang sesuai dengan diri dia. Dan walaupun ada penyakit anti social disorder tetapi dia tidak selfish. Dia masih fikirkan pasal orang lain juga. Dan Chemistry antara Park So Dam juga bagus. So, aku dengan gigihnya mencari behind the scene of the drama..yelah lepas tengok drama kena tengok behind the scene baru best. barulah dapat tengok sisi-sisi sebenar seseorang pelakon itu. Malangnya tiada satu behind the scene pon sebab dengarnya semasa tayangan drama ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebab itu juga ia dipendekkan kepada 14 episod. Aku pun tak faham taste orang Korea terhadap sesuatu drama tu camana adakah kerana jalan cerita? pilihan pelakon? daripada stesen mana drama ini disiarkan atau? atau faktor-faktor lain kerana aku rasa drama ini memang hebat dan tak bosan untuk ditonton langsung. Penuh dengan scene-scene yang mendebarkan. Entahlah yang penting aku suka dengan drama ni dan aku harap Jang Hyuk tak berhenti berlakon dan membuktikan bahawa dia adalah pelakon yang hebat despite apa yang berlaku pada drama ini. Jang Hyuk oppa fighting!! hehe |