Wednesday, December 31, 2014

Let's Move on

| Tahun ni 2014, tahun yang banyak membawa khabar berita duka especially untuk Malaysia..berita tentang kapal terbang MAS yang terhempas..MH370 (hilang dan masih belum dijumpai) dan MH17(terhempas di Ukraine) dan yang terbaru AirAsia QZ8501(daripada Surabaya ke Singapura didapati hilang dan terhempas) berita ini memang memberi kesan kepada aku sedikit sebanyak walaupun tiada saudara terdekat yang terlibat secara langsung dengan tragedi ini tapi aku dapat membayangkan betapa perasaan sedih dan pilu yang dirasai oleh keluarga mangsa..tiada kata yang mampu diluahkan hanya doa semoga roh mereka yang terlibat aman disana dan supaya diberikan kekuatan kepada keluarga mereka semoga mereka menerima semua yang berlaku dengan redha dan tabah..|

| Berita banjir yang teruk menjejaskan separuh daripada negeri-negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan beberapa negeri di utara seperti Kedah dan juga negeri2 lain seperti Perak, Johor dan Negeri Sembilan..kepada mangsa banjir, harap mereka tabah menghadapi ujian Allah..bagi rakyat kelantan, kali ni banjir agak teruk melanda negeri kelahiran aku itu..kawasan2 seperti Kuala Krai, Gua Musang, Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas agak teruk dilanda banjir..tapi sehingga hari ini keadaan seperti sudah pulih dan air mulai surut..namun kesan aftermath selepas banjir agak menyayat hati..ada diantara mereka yang kehilangan tempat tinggal..rumah tinggal tiang dan rangka sahaja dan rumah dipenuhi lumpur, binatang ternakan mati dan kenderaan rosak dan banyak kerosakan yang terpaksa ditanggung..tapi harap mereka bersyukur kerana tiada kehilangan jiwa yang dilaporkan kerana banjir..dan diharapkan mereka sabar dan tabah..insyaAllah akan ada bantuan untuk mereka bangkit semula...aku juga bersyukur kerana banjir tak terkesan sehingga ke kampung dan ma abah dan adik semua okay sahaja di kampung..alhamdulillah..tapi dengan keadaan sekarang, kita tak boleh terlalu lega dan bersenang-senang kerana banyak sangat kejadian alam yang tak dijangka berlaku di sekeliling kita..cuma mampu berdoa semoga keluarga aku di kampung sentiasa di dilindungi dan dijauhi daripada segala bencana insyaAllah..|

| Aku berdoa dan berharap semoga tahun 2015 yang bakal menjengah akan membawa sinar baru untuk semua..kepada yang sedang berduka semoga 2015 membawa sinar dan bahagia dan harapan buat mereka..untuk aku, semoga hari2 aku menjadi lebih baik..semoga rezeki yang luck berpihak kepada aku di tahun 2015..aku ingin bahagia dan happy semula..aku ingin mencari hidup yang lebih bermakna untuk aku dan keluarga..insyaAllah |

Page 365 of 365

| Today is the very last day of the year 2014. so many things happened in this year..yet I still survive and ready to move on the another hopefully to be a fantastic year for me, my family, my friends, and my favorite idols..there are resolutions for me to accomplish by the year 2014 but I still no manage to do so..hence, I will continue to put my efforts to accomplish what I want to do in 2015.. so, good bye 2014 and welcome 2015.. "for those who stay and will stay, thank you for the memories..for those who left, thank you for the experiences"..^^ |