Friday, August 29, 2014

Regret Nothing



Moved On




My Prince



| Oh my prince, please come here already..I'm really tired of waiting for you..please let the turtle go and find a ship or airplane it will make you come here faster...haha ^^ |


Let It Go



Live, Laugh, Love




Burn the negativity

| Actually tiap-tiap perkara ni berlaku kat aku..bila perkara yang diperkatakan oleh seseorang itu aku tak boleh nak terima atau tak sehaluan dengan pendapat aku..jadi secara semulajadinya mula la aku nak fikir bukan-bukan..haha..lagi nak marah bila asyik kita je yang kena mengalah kan, kadang2 mula la fikiran jahat tu datang.. (tiba2 ade tanduk) rasa cam menyampah dalam hati, rasa cam tak best, rasa cam tak boleh terima je, rasa kita pon betul jugak, rasa cam nak bergaduh pon ada..rasa cam lempang kuat2 orang tu (dalam fikiran je) pon ada..macam2 rasa yang buat kita nak marah tu datang kan...|

| Yela bukan semua orang sama pendapat dengan kita..bukan semua orang suka apa yang kita suka dan kita juga takkan suka dengan semua yang orang suka..tapi kita ada akal, fikiran dan hati kan? kita perlu bertolak ansur dan perlu ada give and take..kalo tak, tak payah duk kat tempat yang ada orang..gi duk hutan sorang2 lagi senang..tak payah nak deal ngan orang..deal la ngan segala habitat yang ada kat situ..senang sikit dorang kan tak pandai cakap..kalo jumpa orang asli dorang bukan tau cakap bahasa melayu pon..kan? so xde la masalah..haha (da start da melalut!) |

| Aku mengaku la aku pon panas baran jugak..ego pon ada ..kadang-kadang suka ikut perasaan dan suka fikir bukan2..biasalah anak sulung..diajar untuk berdikari sedari kecil dan secara tak langsung, bile kita asuh diri kita untuk berdikari kita akan terdorong untuk menjadi lebih degil dan ego..tak caya? cuba tanya sape2 yang anak sulung..kebanyakannya mesti ada sifat camni..samala macam aku..tapi lately mungkin bila semakin meningkat usia ni, nampaknya lebih matang dan cuba sedaya upaya untuk membuatkan diri ini menjadi lebih positive sebab tak de untungnya kalau asyik dan marah2 dan fikir negative, senang dapat penyakit dan kita pon tak tenang..buat ape kan? takde pekdahnya semah oii!! |

| Tapi yang sebenarnya kadang2 yang rasa2 negative semua tu bukan dari diri kita, tapi dari pengaruh lain..aura negative dari sekeliling kita atau dari segi islam, ada pengaruh syaitan dan iblis..dorang memang suka menyesatkan manusia supaya manusia semua bermusuhan..bila kita tak kawal emosi kita, mula la kita dipengaruhi supaya melakukan perkara yang tak betul..haaa time tu setan2 sume gelak dan menari sakan lah tengok kita da terjerat dengan helah mereka..hemmmm jadi adalah baik untuk kita belajar bagaimana cara untuk bersabar dan cuba berfikir positive dalam semua perkara... |


| Dan banyak cara untuk kita tenangkan hati dan fikiran bila kita mula rasa nak marah dan annoyed dengan orang atau apa sahaja yang mendatang supaya kita kekal positive setiap masa.. antaranya ialah bila perasaan tak best tu datang, cuba alihkan perhatian dan fikir perkara lain dulu..(kalau aku, aku fikirkan abang2 dan adik2 kpop yang comel tu) so perlahan-lahan perhatian aku dialihkan dan tak semena-mena aku boleh tersengih lak sorang-sorang (angau ke apa?) dan lepas tu, aku boleh bertenang balik dan takde la nak meradang tak tentu pasal kan? heheheh tapi sebenarnya jangan ikut cara aku..adalah baiknya jika kita beristighfar, berzikir atau baca ayat2 Al-Quran kasi tenang sikit hati kan? hehehe |



| Banyak lagi cara untuk stay positive..yang pentingnya bila kita positive semua akan jadi baik..insyaAllah..ni bukan aku saja nak reka cerita ye? ni aku baca kat buku..da ramai ilmuan2 mengakui akan kesan2 baik yang akan datang pada diri kita bila kita berfikiran positive..Jadi dengan ini, azam aku untuk menjadi seorang yang lebih positif akan diteruskan insyaAllah aku ingin berubah ke arah menjadi lebih baik..tak rugi apa pon kan? so, Jetty fighting!! ^^ |

Drama Time!!

| Previously I was so in love the "You Who Come From The Star" Kim Soo Hyun is so handsome and I really fall in love with the story line of the drama..and after that, i was looking for another good drama to watch..and while talking to my little sister, she suddenly recommended me to this one k-drama "Marriage, Not Dating" and as usual I asked her about the main casts (it's a must for me know if any handsome actors to play the main character right?) haha..and when she said few names that I'm familiar with except for 2AM Jinwoon..and I started to doubt whether it's a good drama for me to watch or not..but I ended by watching it anyways..kekekekke..and it's beyond my expectation..it's so good..so funny and the main casts are good too..as I watch the drama for few episodes I start to love the actor Yeon Woo Jin (Gong Gi Tae)..he is not that kind of typical really handsome and tall guy that usually play the main character in drama or movie..but he portrayed the character of a young guy who is arrogant, afraid of marriage, stubborn but cute very well..so, it makes people attracted to know who is Gong Gi Tae and what kind of guy he is. For the bonus, the actress is quite good too..Han Groo (Joo Jang Mi)..her character as a lonely girl who lives with the problematic parents, dumped by his boyfriend and accused as a stalker by his ex-boyfriend's mom and suddenly involved with fake relationship with Gong Gi Tae.. overall, the story of this drama is so interesting and funny..it's not too heavy and everyone play their character very well..i'm so satisfied! so 5 stars for this drama.. ^^ |

| Little bit of synopsis of the drama copied from  http://en.wikipedia.org/wiki/Marriage,_Not_Dating |

Wealthy plastic surgeon Gong Ki-tae has no interest in getting married; marriage is all shop girl Joo Jang-mi dreams about. In an effort to get his parents off his back about the constant string of blind dates and marriage prospects, Ki-tae purposely brings Jang-mi home to meet his parents posing as his girlfriend, certain that they'll never approve of her










Friday, August 8, 2014

hahahahaha









| Lol!! can't stop laugh looking at these photos..hahahah..so hilarious !!! want some chillies?^^ |

Thursday, August 7, 2014

Unfair

| Memang rasa unfair bila dibeza-bezakan perhatian oleh parents sendiri..I don't know I just felt so unfair and kept asking myself why perasaan ini timbul..ok fine I am a kakak and supposed to look after other adik-adik..if adik2 yang masih sekolah dan belajar i think it's okay for me to look after because they don't know much and needs more attention..but if it's for the one yang hanya 2 tahun lebih muda dari kakak dan sudah ada family sendiri tapi neglect his family because of unlikely behavior (malas kerja) but asked me to look after him..memang tak la..at least kalau dia nak aku look after him cakap la ngan aku elok2 at least tanya pendapat aku ke apa..tapi tak, buat decision sendiri..atas nama abah..so that aku won't say anything..|



| Come on lah..walaupun kau tu adik tapi bukan bermaksud aku kena tanggung kau..kau da lebih dari patut sara hidup sendiri..tolong la grow up..aku sorang nak sara semua adik2 memang mati awal la..dengan gaji yang tak seberapa..sewa rumah..bayar kereta..barang makan semua mahal..be considerable la sikit boleh tak? aku pon tatau nak explain camana..tapi boleh tengok sendiri kan? aku pagi2 lagi seawal 6 pagi bangun bersiap2 pergi kerja..pukul 6.30 kadang 7 pm baru sampai rumah..pastu kena masak lagi sebab ingat adik2 kat rumah nak makan malam..tak nampak lagi ke orang penat? yang kita tu best je tido sampai entah pukul berapa..pastu melepak tengok tv..pastu makan pastu tidur balik..please la..aku memang tak boleh nak kompromi la kalo camni..takpe aku bagi masa sampai hujung minggu ni je..kalau camni jugak keadaan..tak nampak effort nak keluar cari kerja..memang aku hantar balik kampung..tak kira abah marah ke ape ke? semua yang menanggung tertonggeng ikat perut tak makan kat sini aku, orang lain tak faham..patut ke aku berlembut lagi? faham2 sendiri lah.. |


| Memang kakak perlu jaga adik..tapi adik juga kena faham keadaan kakak..give and take la..kalo give je memang kakak pon susah nak survive..kalau abah sayang sangat kat anak lelaki dia abah jaga..aku tak sanggup..abah memang memanjakan dia sangat..dia tak kerja pon dibiarkan je camtu..cakap ape pon tak, back up je anak dia tu.. lagi satu, selama aku duk kl ni jarang sangat abah nak call aku..jatuh bangun aku semua aku decide sendiri..susah ke merangkak ke tak makan ke aku..tak pernah nak amek tau..tapi aku tetap ingat  parents tanak derhaka..so, aku je duk call selalu tu pon cakap ngan ma..ma je yang nak dengar cite aku..tapi sejak si adik tu ade kat sini, selalu call siap nasihat aku lagi suh cakap baik2 ngan si adik..emmmphhh camana nak cakap baik2 bila perangai dia tu cam langsung tak hormat orang dan cam xde effort pon nak majukan diri sendiri..aku minta takyah la maju sangat pon takpe..cukup untuk sara diri sendiri pon ok dah..xyah nk susahkan aku atau parents..cukuplah..abah ngan ma pon bukan muda sangat lagi..bukan sihat sangat..business pon kadang2 okay, kadang2 tak..so tak boleh faham lagi ke? |


| Takkan selamanya aku kena jaga adik2..aku pon ada life sendiri dan impian aku sendiri..nak ada family sendiri..memang aku ada plan selagi adik bongsu aku belum habis sekolah kalau boleh aku tak nak  ada family lagi..sebab ingat nak bantu adik2 kan?tapi adik2 yang masih bersekolah dan belajar sahaja..tapi bukan selamanya? yang da tua dan boleh bantu diri sendiri tu pergi la kerja..jangan take people for granted kan? fikir la orang lain sikit..jangan selfish sangat..takpe..sabar zetti..aku akan tolong setakat mampu..tapi kalau perangai lama datang balik..kerja sekejap pastu berhenti dan malas gi keje, memang aku suh balik..seriously..! bukan berkira ke apa..aku nak kena jaga adik yang masih belajar..banyak lagi yang kena support..si adik bongsu lak da nak nangis mintak belikan handphone baru aku tak dapat bagi duit untuk beli phone sebab aku memang tak banyak peruntukan dan banyak nak guna duit bayar bil sume plus baru lepas raya kan?..so, jangan nak lemak sangat ye! kalau rasa malas dan nak tidur je elok la kemas barang balik kampung..kat sini bukan tempat untuk tido dan bermalas ye? tak de masa nak buat camtu kat sini..tolong la..| 


| Entry kali terlebih emotional sebab nak meluahkan perkara yang memang da lama mendatangkan bengang dalam hati aku ni..penatlahhh T.T |

Wednesday, August 6, 2014

Soalan Wajib tapi tak wajib jawab

| Nak jawab teka-teki tak? jom kita teka-teki raya..apakah soalan yang wajib ditanya semasa raya? hahahaha..ni soalan lazim ni..takkan tak tau..dan ianya amat popular bagi sesiapa yang masih single walaupun usia dan agak lanjut..kekekekke..semua orang mesti tau dan pernah ditanya soalan2 camni kan? "Awak bila lagi?", "orang lain da anak 3, bila la nak merasa nasik minyak awak ni?", "kalau buat kenduri tu, jemputla kami ni"(sambil jeling2 ke arah anda) hahaha soalan2 ini la yang aku maksudkan..kekekekek..aku la yang sering dapat soalan tu..dari sejak umur aku awal 20-an sampai nak masuk 30-an, inilah soalan lazim yang akan aku dapat bila pulang beraya di kampung..selalunya jawapan yang aku bagi untuk soalan-soalan begini ialah.."insyaAllah adala tu nanti", "tataula belum sampai jodoh kot", ni yang terbaru upgrade untuk tahun 2014.."(sambil tadah tangan seperti berdoa) tolong doakan saya semoga cepat dapat jodoh" terus dorang diam lepas tu..kekekekk|



| Emmmmm sebenarnya tak boleh nak salahkan orang yang bertanya jugak..fikir positif, mungkin mereka semua concern pasal kita, nak tengok kita happy cam mereka juga kan? hahaha tapi nak salah siapa? tiada siapa yang salah sebenarnya sebab hal jodoh rezeki ajal maut ni bukan kita yang tentukan..kita tak pernah tau rancangan yang Allah da tetapkan untuk kita..yang boleh kita buat hanyalah berdoa dan berusaha..berusaha pon biar la kena tempat..jangan la sampai jumpa bomoh ke ubat guna-guna semata-mata untuk cepat dapat jodoh..aku paling pantang kalau ada orang yang suka syirik2 ni sebab aku da kena sekali..serik la..ingat Tuhan sikit dalam apa jua yang kita buat..memang la kalau ikutkan perasaan semua benda kita nak..tapi kena jugak belajar terima kenyataan..tak semua yang kita nak atas dunia ni, kita akan dapat..jadi tak payah la main guna2 bomoh segala..kalau nak buat jugak tanggungla seksa Allah di alam kubur nanti..tu je jawapan dia senang..tepuk dada tanya iman..ecececeh ustazah zetti da start membebel da..jadi apapun kembali kepada Allah..hanya dia yang mampu tolong kita..insyaAllah ada jodoh yang menanti cuma belum sampai kepada kita..jangan stress...relax sudah ^^ |

looking for my other half..where are you? come here ppalli!! ^^

Coretan Hari Raya

| Tahun ni kami beraya dalam kesederhanaan..memang sederhana habis..selalu ada la jugak masak2 di pagi raya..tahun ni bihun goreng je..biskut pon alakadar sahaja..bajet ciput sikit tahun ni..tu pon nasib la aku boleh lepas beli baju adik-adik dan sedikit keperluan raya untuk rumah..lain memang aku tak mampu nak sponsor tahun ni..tak seperti tahun2 sebelumnya..duit raya untuk kanak-kanak..letak situ bagi adik aku letak siap2 dalam sampul duit raya..selalu aku bagi aku bagi abah atau ma atau adik2 aku yang bagi kat kanak2 masa  raya..saje je.. it's okay..people may misunderstood and cakap aku tak pernah bagi duit raya or whatsoever..tapi takpela..yang penting niat..Allah je yang tahu..tapi walaupon bersederhana..rasa cam okay la tahun raya tahun ni..takdela worse sangat cuma kurang ceria sikit sebab si diva kecik takde..dia ikut his mom balik kampung..so, takde la celoteh dak comel tu kat rumah raya tahun ni..so, kami pon cam boring la pulak..time2 camni la tiba2 aku fikir nak kawen nak dapat baby biar ceria sikit rumah bila raya..hahah boleh? |



| Tapi Ma aku tak nak kalah..dia punya baju raya je da 2-3 pasang..aku ngan adik the diva satu je kot..lain tu pakai yang mana ade je..sebelum raya bawak ma pegi repair sikit baju yang di beli tu..pastu beli barang2 untuk masak pagi raya..hari raya tiap-tiap hari dari hari raya pertama sampai la raya ke tujuh, Ahad sebelum aku bertolak balik sini..kitorang pergi beraya ke rumah pakcik makcik..bawak Ma dan adik-adik..abah tak ikut sebab dia rasa lagi best duk rumah..kot2 ada orang datang rumah..lagipun da lama abah tak rest kan..dia rasa nak rest je kat umah kot..lagipun jalan jem..kesian lak abah duk lama dalam keta..kami yang sihat ni boleh la tahan...takpela..kalau abah ikut aku rasa takut lak nak drive kalau abah ada kat sebelah sebab abah garang semacam je..haha aku pernah kena marah kot sehari sebelum raya masak bawak dorang gi shopping raya..banyak kali aku kena tegur..laju sangat lah..dekat sangat ngan kereta depan la..ada bumper kat depan pon aku kena marah..hahah..nasib la..selalu tu kat sini drive sorang2 suka2 hati je nak bawak xde orang tegur kan? so, dapatla jumpa pakcik makcik belah Ma semua..semua macam da berusia..yela umur aku pon da nak masuk 3 series so of course la dorang pon makin dimamah usia kan..aku doakan semoga mereka semua sentiasa sihat dan panjang umur..insyaAllah |
it's raya! say no to diet! it's makan time! nom nom nom^^
| Lain2 semua okay..cuma rasa tak puas lagi duk rumah kat kampung..duk sini rasa bosan..kat kampung sana ada adik2..ada sepupu2 kecik untuk dilayan..dak2 kecik comel tu buat aku happy..life tak berapa best la sini..mencari peluang untuk duk kat kampung for good tapi masih belum jumpa..emmm...da kena cari keluarga sendiri cepat2 ni nampaknya..ooppsss!! haha ^^ |