Thursday, July 24, 2014

Come Back Home!!

| Nyanyi lagu 2NE1 jap sebab ada kena mengena ngan entry yang bakal dipost kali ini.hehehe..esok pagi2 akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman..yeay! tak sabar mau pulang bertemu ayah bonda sanak saudara..hehe..lagi excited rasa sebab memang da lama tak balik kampung ni..last balik raya tahun lepas tahun 2013..errrrr memang da lama la setahun jugak tu..errrr emmm..jadi sebab itula excited bebenor nak balik kampung ni..|


| Semoga perjalanan esok lancar, selamat, tiada sebarang aral melintang dan diberikan kekuatan mental dan fizikal untuk berada di jalan raya sehingga sampai di kampung halaman dengan selamat insyaAllah.. Ma da called tadi sembang lama jugak..padahal esok boleh jumpa..maybe tak sabar nak bersembang ngan anak sulung dia ni kot? hehehe..wait for me Ma, I'll be there soon.. ^^ |


| Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014, Maaf Zahir Batin ^^ |

Tuesday, July 22, 2014

P no more

| Yeay! I got my full driving license already..no more P license and P sticker..will throw it soon..kekekekeke...I'm officially a malaysian car driver now..hehe..the new license is so cute but my photo not too cute because i forgot to shoot photo before go to the JPJ so they scanned my photo from my mykad..hhahaa..so i look so young on my driving license because i made my mykad too long ago..haha whatever! as long as i got my driving license already I am happy!! |


| And my experience first time doing business at JPJ. I went to JPJ Shah Alam because it's located nearest with my place, i drove to Shah Alam at 10 a.m. and arrived there about 10.30 a.m but it's so hard to get a car park..i made about 3 round just to park my car but still no luck for me and at last i just park my car at the side road outside of the JPJ and need to walk a bit (under the hot summer sun) but I made it..and I finally arrived the JPJ office..yeay! and..there's a sign for the bahagian lesen pemanduan is at pintu 6. so i climb the stares and there you go! there were so many people and i took my queue number and it's 1289 the current number was 1101..lol..i laugh to myself and keep praying that it won't makes me wait too long..and i just wait and sit there..and for about 45 minutes my number got called..and i paid for 2 years renewal and in 5 minutes i got my new driving license..wow! so fast! ironically, the time taken for processing the license is way too shorter compared to time for me to wait for my number to be called..hahaha..it's okay though..other people also need to renew their driving license...so yeah..need to be more considerable right? but I'm happy now as I got my full driving license hehe^^ |

Friday, July 18, 2014

Never


| All my life..I always try to be a good listener..I have lots of problems though i don't know how to explain and tell people exactly what i feel so it's more convenience for me to be a good listener..even though there's no solution for the problems but at least there is someone who is willingly to listen to it, then it may ease the tense for that person..right? ^^ |


words

| A tweet from 2PM Nichkhun dedicated his condolences towards the MH17 incident. so far, he always being the most concern and alert with current news among K-idols..even though he is in China filming for his new drama but he is still show his concern...maybe because he is originally from Thailand or he is a very nice and sincere person..but the thoughts that count right? thanks Nichkhun for the words..hopefully the affected family will feel consoled and gain strong to face the tragedy if they read this..thank you |

Terkejut

| Pagi ni masa tengah bersiap2 pergi kerja lepas letak ubat kat telinga kena letak kepala kat bantal dalam 3-5 minit masa tu rasa nak tengok phone..sekali terkejut dengan berita Pesawat #MH17 terhempas di Ukraine..terkejut memang terkejut..rasa cam baru je kes #MH370 dan masih dalam penyiasatan dan belum jumpa lagi di mana pesawat tu, tup tup tiba2 kejadian pesawat MH17 pula terhempas..ya Allah..ujian dan dugaan apakah ini? rasa sangat terkejut dan sedih..|

Tweet from PM
| Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa yang terlibat semoga mereka tabah dan redha dengan apa yang berlaku..dan aku berdoa semoga negara kita ini sentiasa dilindungi..insyaAllah |


Breaking News

Pesawat Penumpang Boeing 777 MAS Airlines MH 17 Terhempas Di Ukraine.295 Penumpang

Laporan awal dari sumber mengatakan ia ditembak jatuh oleh pejuang Ukraine yang Pro- Russia.Sumber dalaman DCA berkata, laporan awal memberitahu pesawat berkenaan hilang dari radar sebelum diberitakan terhempas.

MAS mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan Twitter MAS, kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Malaysia Airlines mengesahkan telah menerima laporan dari Pusat Kawalan Udara di Ukraine yang pesawat MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Pesawat Boeing 777 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (masa Amsterdam) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17.

Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.

Kronologi Pesawat Penumpang MAS Airlines MH 17 Terhempas Di Ukraine
  • Pesawat Boeing MAS 777 MH 17 dikatakan dalam penerbangan dari Amsterdan ke Kuala Lumpur
  • Berlepas pada pukul 12.15 pagi, waktu Amsterdam dan dijangka sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi ini.
  • Membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.17 orang dari penumpang adalah kanak-kanak.
  • Menurut sumber, pesawat ditembak jatuh pejuang rebel -Pro Russia.
  • Kesemua penumpang di dalam pesawat MH 17 dikatakan mati dalam kejadian.Tiada yang terselamat.
  • Pesawat MAS MH 17 hilang dari radar pada 1.30 petang waktu tempatan, 10 minit sebelum keluar dari ruang udara Ukraine
credit source: http://agendasemasa.com/pesawat-penumpang-mas-airlines-mh-17-terhempas-di-ukraine#ixzz37mKiKenN

Thursday, July 17, 2014

Telingaku Ver 1

| Semalam pegi klinik sebab dah tak tahan da dengan masalah telingaku..sampai orang bercakap dengan aku pon susah aku nk dengar dengan clear..kepala pon rasa pening-pening..so, aku decide nak ke klinik..pegi bertemankan si adik the diva..klinik first yang aku pergi tu ramai sangat orang..entahla kenapa semua orang sakit kot..pastu pusing2 akhirnya ada satu poliklinik yang macam agak tak berapa ramai orang masa tu, so aku decide ke tu...aku kan baru lagi kat kawasan situ, selalu gi klinik segi ni je..so, tatau sangat la klinik mana yang okay kat situ kan? hahaha so, okay je la gi klinik tu..doctor pon okay..baik je..ramah mesra..sopan dan melayan pesakit dengan baik sekali..two thumbs up!! ^^|

| Doctor da okay..klinik pon okay..bersih dan kemas je..yang tak okaynya aku..masalah telinga aku tu..aku citer la kat doctor tu masalah yang aku hadapi apa yang aku rasa semua..pastu doctor checkla telinga aku..guna alat dia tu..dia tanya aku, ada rasa sakit tak? aku tak sakit tapi bunyi berdesing dan seakan-akan tersumbat tu yang mengganggu aku..tapi bila doctor check katanya takde apa2..doctor sampai tatau nak buat decision camana..samada sebab fungus tapi doctor tak nampak apa-apa tanda..atau ada masalah dengan urat saraf telinga..so doctor bagi aku ubat titis telinga tu, ubat anti fungus (sebijik je ubat tu) pastu ubat hilangkan pening..in case aku pening-pening lalat lagi kan? so doctor cakap kalau dalam 2-3 hari lagi tak baik jugak, doctor suruh aku datang lagi sekali dan refer aku ke pakar katanya..alamak! sampai serious camtu ke? emmmm tapi tanak stress dulu..cuba dulu..guna je dulu ubat yang doctor bagi tu..dan tengok camana kesannya..aku da pakai ubat titis tu semalam dan pagi ni baru dua kali..harap-harap elok la nanti..rimas sangat bila telinga tak dapat berfungsi sepenuhnya camni.. T.T |

Kata-kata ringkas yang memberi inspirasi

| Kadang-kadang rasa ingin menyampaikan sesuatu yang baik tapi berapa orang je yang sudi mendengar kan? jadi saya sampaikan di sini ajela..sekadar perkongsian untuk diri sendiri dan insyaAllah kepada sesiapa yang sudi baca | ^^ 


Di bawah adalah 18 contoh kata-kata kecil yang membawa maksud yang besar dalam cara yang amat positif.


1. Terima kasih.
Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.


2. Saya maafkan awak.
Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.

3. Saya sayangkan awak.
Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.
berkasih sayang sesama insan..keluarga, sahabat, sesama insan ^^
4. Saya sudah salah.
Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik.
I'm sorry T.T

5. Awak cantik.
Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.
awak cantik bila senyum ^^
6. Tak apa.
Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.
a true friend will always be with you ^^
7. Saya faham.
Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”

8. Awak selamat.
Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.

9. Saya mengagumi awak.
Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.

10. Saya sokong awak.
Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.

11. Awak boleh lakukannya.
Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.
*credit @exodeerluhan for the gif

12. Awaklah orangnya.
Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.

13. Ini semuanya untuk awak.
Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.

14. Saya ada di sini untuk awak.
Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.

15. Kerja yang hebat.
Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.

16. Saya rindu awak.
Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.

17. Awak penting.
Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.

18. Maafkan saya.
Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
| Okay..bersamalah kita hayati kata-kata ini...Bukan untuk tunjuk baik atau jadi ustazah tapi sekadar ingin mengubah diri untuk menjadi lebih baik..insyaAllah |

credit source : http://www.macam-2.com/2011/09/18-kata-kata-ringkas-dengan-makna-yang.html

Friday, July 11, 2014

Telingaku

| Tak sure da berapa lama tapi telinga kiriku memang ada bunyi berdesing 24/7 especially bila berada di tempat sunyi..memang kuat bunyinya. sangat tak selesa..tatau kenapa begini keadaannya..mungkin ada masalah dalam telinga aku yang aku tak tau..adoi..masalah apelagi ni? tak cukup dengan nak pitam pening migrain..ni datang pulak masalah telinga..Astaghfirullahalazim..banyak sungguh dugaan mu Tuhan..insyaAllah lepas raya ni aku pegi la jumpa En.Doktor untuk rujuk masalah aku ni..insyaAllah ada ubatnya..sebabnya rasa tak selesa bila pendengaran terganggu..kadang2 time ngah syok tidur tu tiba2 je terkejut dengan bunyi berdesing telinga sebelah kiri ni..nasib baik tak sakit..kalau sakit maunya aku masih tahan camni? of course aku terus gi klinik..kekekeke..sebab rasa okay lagi sebab buat tatau je dulu..tapi kadang2 tak tahan gak rasa..xpe..nanti aku pi check na? |




| Tapi ada jugak jumpa En.Google untuk siasat punca berlakunya bunyi desingan dalam telinga aku ni..and surprisingly, menurut cerita En.Google, penyakit yang aku sedang alami skang ni bernama "tinnitus" secara saintifiknya..adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi berdesing di dalam kepala dalam keadaan yang tidak ada apa apa punca bunyi disekelilingnya . Jadi itulah cerita En.Google..ooo barulah aku faham..rupanya aku da terkena pengakit "tinnitus" la kira-kiranya ye? dan punca-punca penyakit tersebut mungkin seperti yang tersenarai di bawah ini:

  • Saluran darah tidak normal
  • Saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan)
  • Masalah masalah telinga seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
  • Kecederaan kepala
  • Pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat
  • Ubat ubatan ( ubat penahan sakit, antibiotik)
  • Tumor dalam telinga dalam ( acoustic neuroma)
  • Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan
  • Tekanan darah tinggi dan atherosclerosis
  • Angin ahmar
  • Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang yang tidak berfungsi

Dalam kebanyakan kes, tinnitus adalah disebabkan oleh pengumpulan faktor faktor di atas manakala gejala-gejala di bawah memerlukan perhatian serius:

  • Tinnitus yang berterusan mungkin tanda awal tumor di telinga tengah atau otak
  • Tinnitus yang bunyinya seperti denyutan jantung di satu telinga mungkin tanda awal penyakit yang serius .
  •  Tinnitus yang bertambah teruk atau pun disertai oleh gejala-gejala lain
Pencegahan :

  • Bunyi bunyi yang lembut boleh mengurangkan bunyi yang berkaitan dengan tinnitus. Pesakit boleh mendengar bunyi tersebut untuk beberapa jam sehingga terlelap
  • Elakkan mengambil kopi, teh, coklat, cola, alkohol, atau produk yang mengandungi kaffeine
  • Elakkan merokok
  • Elakkan ubat ubatan yang menyebabkan tinnitus seperti aspirin /NSAIDs .Aspirin boleh menyebabkan tinnitus bertambah teruk dalam sesetengah orang.
  • Elakkan mengambil ubat yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran kecuali jika terpaksa atau tidak ada alternatif lain.
  • Jangan dedahkan diri kepada bunyi bising
  • Tekanan perasaan didapati boleh menyebabkan pertambahan bunyi tinnitus. Oleh itu cuba kawal perasaan anda dan tumpukan perhatian anda daripada memikirkan tentang tinnitus. Cara ini mungkin boleh membantu.
| Okay! agak menakutkan bile dengar cerita En.Google ni..okay..memang menakutkan..tak nak lah apa-apa yang teruk..tapi apa-apa pon kena pergi jumpa En.Doktor dulu barula tau keadaan sebenar kan? risaunya mak! | 

Thursday, July 10, 2014

Nak Raya Dah!

| Dalam lebih kurang lagi 2 minggu lebih, umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri..wow tak sabarnya..nak pulang ke kampung..jumpa ma abah adik dan orang-orang kampung..makan sedap-sedap dan rehat lama-lama kat kampung..hehe..memang aku amek cuti lama sikit kali ni..sebab da lama tak balik kampung kan..nasib baik la boss memahami dan approve je cuti aku..syukur sangat..hehe thanks boss ^^ | 









| Syukurlah selama aku bekerja ni..tak pernah ada istilah tak boleh balik raya..atau boss tak approve cuti atau cuti hanya approve untuk 2-3 hari je..so far masa aku kerja kat KPT dulu boss okay  je..asalkan aku punya cuti banyak lagi..pandai-pandaila balance kan cuti tahunan kan? pastu sekarang pon..boss sangat okay..tak kisah la nak cuti banyak mana..yang penting ada baki cuti lagi..so, untuk raya ni aku apply cuti 5 hari..start 25th July (Jumaat) sebab aku nak gerak balik kampung on Friday tu..nak elak jam..kena bertolak pagi-pagi hari..so cuti aku would be 25th (AL) , 26th and 27th (Weekends) , 28th and 29th (raya), 30th(AL), 31st(AL), 1st Aug (AL) and 4th Aug (AL) for 4th Aug untuk perjalanan balik ke KL..sebab kalau balik on Sunday tu confirm confirm jam teruk kan..? so balik on Monday..insyaAllah kurang sikit la jam.. semoga  perjalanan selamat..amin |


| Sekarang risau nak buat persiapan dengan budget yang limited..nak beli baju raya, nak service kereta, nak beli biskut raya, nak beli baju raya adik-adik. perjalanan balik kampung.dan segala..macamana tu? adoi..nangis jap! T.T tapi tahun takdela melaram sangat..beli yang termampu sahaja..taknak membazir dan boros sangat..pakai je mana ade..yang penting masa berkualiti bersama keluarga tersayang..itu yang lebih penting..kan? ^^| 

Friday, July 4, 2014

Puasa

| Apabila berpuasa di bulan ramadhan, banyak betul perkara yang menguji kesabaran, kelaparan, kepenatan..okay semua cabaran2 yang disebut insyaAllah aku boleh deal tapi satu ni je susah sikit untuk aku hadapi dan mendatangkan masalah yang amat berat pada aku bila dia datang..iaitu "mengantuk" aku memang surrender la bila masalah ini datang..bila mata rasa berat ya amat..dan susah untuk focus buat kerja..dan hanya memandang enak pada meja untuk merehatkan kepala..tetapi bila di office dan waktu kerja mana boleh buat camtu kan? nak mati? nak kena marah dengan boss, cubala buat..haha..|



| So aku jumpa la En.Google jap tadi..dating jap..lama da tak jumpa kan? tanya la ade ke tips untuk hilangkan mengantuk kat office especially time bulan puasa ni..yela pagi2 jam 4.30 pagi da bangun untuk siapkan sahur..mana tak ngantuknya kan? so, as usual, En.Google bagila beberapa tips..bacalah ye? hehe |
.................................................................................................................................................................
Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.

Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.

Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.
..................................................................................................................................................................
| Haaa okay tak tips daripada En.Google untuk menghilangkan rasa mengantuk di office time-time berpuasa ni? senang je nak ikut kan? kan? so selamat mencuba..harapnya lepas ni sihat dan cergas di office walaupun di bulan ramadhan..boleh je buang lukisan mata bulat untuk tipu bos tu..kekekekekek ^^ |

Sakit

| Lately..rasanya da seminggu kot, aku rasa sakit seluruh badan aku :
1) Lutut (kiri) - rasa sakit especially bila tidur kadang2 sepanjang hari rasa sakit
2) Peha kedua-kedua belah
3) Belakang -rasa kebas dan sakit 
4) Telinga (kiri) - kurang dengar dan berdesing 

| Sebab-sebab mengapa aku rasa sakit camni, aku tak berapa dapat mempastikannya..sebab tiba-tiba je rasa sakit sangat..selalunya lutut aku akan rasa sakit bila aku baring..bila aku duduk masa kerja..bila berjalan kurang sikit sakit tu maybe bila aku busy aku lupa la sekejap rasa sakit tu..tak leh tahan bila rasa berdenyut2 tu datang..sakit sangat..ikutkan hati, nak je aku telan pil tahan sakit..nasib baik puasa.. |


| Aku takut sangat kalau sakit aku ni ada kaitannya dengan perkara2 yang pernah berlaku pada aku sebelum ni..sesuatu yang tak pernah aku bayangkan berlaku pada aku..seseorang telah melakukan sesuatu ke atas aku kerana dendam atau segala rasa tak puas hati atau lebih tepat tak mampu untuk menerima kenyataan..aku harap kali ini bukan la sebab itu..tapi seriously aku tatau..sangat sakit..cuba bertahan je ni..sekarang tidur pon terjaga-jaga pukul 1 pagi, pukul 2 pagi..tak nyenyak sangat seperti selalu..kenapa ni? stress mak!! Berdoa je harap-harap bukan sebab niat khianat tu lagi yang kacau aku..aku da penat da dengan segalanya...cukupla..|



| Tapi aku telah google beberapa ayat mintak pertolongan Allah untuk kurangkan sikit sakit aku ni..sekiranya benar aku sedang diuji sekarang ni aku mohon supaya Allah sentiasa ada bersama aku untuk berikan aku kekuatan..aku malas nak cerita panjang pasal orang yang khianat tu, Allah lebih mengetahui..berdoa semoga aku semakin sihat..amin |