Tuesday, January 31, 2012

Terlalu kecil hatinya :p

| Berlaku salah faham atau tersalah kata dan membuatkan yang lain terasa atau bahasa mudah "sentap" ia berlaku berkali-kali dengan orang yang sama pon boleh berlaku tapi bagaimana menghadapi? terpulang kepada diri masing2 bagaimana menghadapi sebenarnya tapi mungkin ada cara2 yang aku list ny yang sesuai untuk digunapakai..hehe :p

  1. Post luahan perasaan anda itu di twitter atau facebook atau bbm status untuk menunjukkan bahawa fikiran anda berkecamuk, jiwa kacau dan terganggu dengan attitude seseorang yang anda kenal. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat salurkan kemarahan anda dan jika bernasib baik, anda juga akan mendapat feedback daripada rakan anda yang agak busy body untuk tahu siapakah yang anda marahkan sangat tu :p
  2. atau anda boleh call sendiri orang tu dan maki orang tersebut sepuas hati anda pastu letak off panggilan telefon tersebut sebelum die berpeluang untuk menyerang balas..untungnya dapat la tunjuk kat orang tu betapa marahnya anda dengan die, mana tau lepas tu die datang minta maaf dengan anda? siap bawak jambangan bunga lagi? #untunglaaa :p
  3. atau call mak mengadu kat mak sambil nangis..paling tidak pon mak akan cakap "sabar la nak.."
  4. atau satu lagi cara yang paling berkesan..cerita kat semua kawan2 biar kawan2 yang lain pon pulaukan die..baru la outcast kan..(eh eh tak baik ok?) haha.. :p
| Tapi janganla..memutuskan silaturahim itu adalah dilarang dalam islam..kalau anda rasa anda terlalu kecil hati dan tak dapat menerima gurauan, jangan la membiarkan diri dijadikan bahan gurauan..kalau tak suke, jelaskan dengan elok sekurang2 kawan anda faham bahawa diri anda tak suka dijadikan bahan lawak yang berupa sebegitu...simple aje kan? jadi hidup la dalam kesederhanaan dan yang penting happy!! :p | 


Love This!!

| Emma Stone is my favorite actress ever as she is so hilarious and down to earth being herself and never fail to make me love her movies..and here some speech from Emma Stone..you go girl!! :p |

   


Esok cuti!!

| Oh, hampir terlupa esok cuti Hari Wilayah..patutla rasa best semacam..hehe..kalo cam nak relax2 je ariny sebab esok cuti boleh tak..hehe.. :p |

you!

| Muka nakal, comel, caring, sensitif, funny dan humble...yang aku suka.. :p |

Apa akan jadi?

| Disebabkan sikap kelam kabut dan suka cari salah orang boss aku, ramai yang da minta tukar kerja kat tempat lain..kerani aku, da dapat tukar bahagian dan sekarang tengah leasure2 tak payah buat kerja..roommate pon begitu juga dengar ura-ura nak tukar bahagian juga..dan aku? tiada pilihan masih berada di sini..caught in the middle (lagu Lenka..just enjoy the show) tak tahu nak buat ape..? nak buat apa lagi kan? teruskan lah ikhlas bekerja untuk dapat gaji yang berkat..walaupun perasaan tu, Tuhan saja yang tahu.. :p |

| Tapi tidak mengapa aku tidak akan patah semangat insyaAllah aku akan bekerja selagi mampu..sebab selama ini pon aku buat sendiri walaupun itu bukan kerja aku..jadi aku tak rasa itu akan mendatangkan masalah pada aku..ayuh..terus semangat..!! :p |

Hari ini ingin lebih bersemangat!!

| Semalam agak moody dan lesu dengan perangai bos yang ntah pape tu..i can't even see his face yesterday..(garang naa) but today rasa bersemangat..dan siapkan semua kerja..hehehe...well done zetti!! :p

Monday, January 30, 2012

Aku hanya ingin percaya

| Aku ingin percaya bahawa aku ada kehidupan yang sentiasa gembira dan aku ada kawan2 yang sentiasa berada bersama aku susah dan senang..aku ingin melihat keluarga aku tersenyum bahagia semula..aku percaya semua itu akan berlaku..masanya akan tiba.. :p |


Tak boleh fokus

| Aku rasa aku mengalami masalah stress sebab aku sudah mulai rasa badanku cepat penat, lesu dan cepat sangat nak marah2..dan sape lagi yang boleh menjadi penyebat untuk stress ny..? boss lah? tak abis2 lagi perangai die yang over tu..adoi..rasa cam nak benti keje je..tension ny..skang ny aku sangat tak larat..tunggu masa nak balik je ny..|


Akan tiba waktu itu..

| Aku happy dengan mereka..aku sayang mereka..dengan mereka aku boleh jadi diri sendiri, dengan mereka aku boleh ketawa sekuat alam, dengan mereka aku boleh lupakan segala masalah sekejap, namun kini, dengan mereka juga aku sedih..dengan mereka juga aku rasa aku dipandang sebaik seorang yang sangat teruk, dengan mereka juga aku terguris hati dengan mereka juga, aku buat keputusan ini |

| Akan tiba waktu untuk ucapkan selamat tinggal..tiada jalan untuk terus di situ sekiranya tidak dianggap :p |


Thursday, January 26, 2012

Pen Hilang

| Mr.H : Can I borrow your pen?
me : yeh sure..it's over there..
(Mr.H took one and leave)
clock ticking and past several hours later..
Me : Mr.H, where is my pen?
(Mr.H don't even look at me, just took his way to his room and I just.....)



p/s : it's my Manchester United limited edition collection pen...wooo woo :(

Nak Elak

| Kamu membuatkan aku rasa sangat tidak selesa buat masa sekarang..selagi boleh ingin mengelak..tidak nampak lagi bagus..entah kenapa..bukan salah sesiapa..tapi perasaan yang tidak ku sendiri mengerti..jadi aku mengelak kamu buat masa sekarang..maaflah.. |

Mimpi

| Adeh..mimpi nak best aje sejak dua menjak ny kan..tataw la nape..maybe sebab banyak nonton movie kot lately that's why macam2 mimpi..haha..semalam syok je mimpi..mimpi Dr.Jackson Avery atau Jessie Williams..haha..tak boleh blah..mimpi nak best aje..!! Dr.Jackson Avery tu berlakon dalam Grey's Anatomy..yela..duk nonton je Grey's Anatomy inilah akibatnya..mimpi tu cam Dr.Jackson tu da jadi best friend la..kalo kirakan dalam ramai2 doktor dalam Grey's Anatomy tu, takdelah aku minat sangat kat beliau tapi sebab die baik dan ada cara tersendiri, maka die tu kira nice jugaklah untuk ditonton dalam drama tu coz yang lain seperti Dr. McDreamy dan Dr. McSteamy tu da tua kan? nak la jugak tengok yang fresh..haha..so Dr.Jackson Avery datanglah lagi dalam mimpiku yea..hehe :p |

Minta Cuti

| Ini tak sure napa nak jugak dinyatakan di blog ini..haha..actually nak minta cuti bulan Februari nanti..nak balik kampung jaga abah yang nak operasi jantungnya...jadi kena minta cuti seminggu..takpela..demi abah tersayang..kena la jugak..kesian jugak dengan Ma nanti penat..at least aku boleh gilir2 jaga..plus if aku duk sini pon, confirm aku tak senang duduk punya risaukan abah..|

| Aku berdoa setiap hari supaya abah kembali sihat seperti biasa selepas pembedahan itu nanti..tak sanggup da tengok abah sakit2 camtu..tapi satu je aku akan pastikan abah berhenti tabiat merokok die tu..kalo tak, takde guna la pembedahan tu..jangan risau..kuasa leteran aku pasti akan membuatkan abah berhenti merokok dengan serta merta..promise!! |

Saturday, January 14, 2012

Without You - Glee Cast Version (Lea Michele)

This is so fantastic and breathtaking..Lea Michele.. I adore you and you talent! enough said! :p

Friday, January 13, 2012

Moody

| Rupenye baruku tahu, aku ni jenis yang mudah terpengaruh dengan keadaan persekitaran..errrr maksud aku, kalau aku berada dalam satu bilik bersama seorang yang senang marah2, moody memanjang, tak suke bersembang, maka aku pon kadang2 akan mudah terpengaruh dengan perasaan2 negatif tersebut dan perkara itu amatlah membimbangkan aku |

| contohnya hari ini, aku lately mengalami masalah malas nak datang office, haha tataw kenapa..ok just ignore bout it, walaupun aku malas, tapi aku manage to arrive at office and print my thumb before 8.30..maksudnya tak merah la kedatangan aku tu..dan walaupon aku malas aku bertambah2 bila tengok keje selambak atas meja, aku cuba organize la keje aku..mencari mood..dan walaupon bos aku annoying dan suke jerit2 bila nak suh orang buat keje, aku ok lagi boleh bersabar sebab aku da kenal bos aku tu da lama..tapi bila rakan seoffice aku ny duk moody je mengeluh itu ini dan cakap ngan bos pon cam nak tak nak bila bos tanya..aku pon turut sama jadi angin..tataw nape..tiba2 aku rasa bos aku tu lagi la anoyying tahap tak boleh blah..rase cam nak lari je balik umah..rasa cam tanak tengok muka bos..maybe sebab lapar pastu aku give myself a break..tanak mengeruhkan keadaan..during long break tadi, aku just tenangkan diri aku, cari motivasi untuk kekalkan semangat dan my rakan office aku tu tak masuk office petang ny sbb ke kuantan atas urusan lain..dan surprisingly, aku ok je..takde pon nak marah2..bos masuk bilik aku, aku ok je..siap boleh gurau sembang2 lagi ngan bos kan..|

| Jadi aku rasa mood aku sangat mudah dipengaruhi oleh orang lain..jadi apa yang perlu aku buat? 
a. Bunuh orang tu so that takde lg org y boleh pengaruhi mood aku jd negatif (gila ganas)
b. Upah orang culik orang tu..jadi aku boleh gila kuasa duk kat bilik ny sorang2..(hahaha)
c. Jumpa bos, mengadu yang bukan2 (buat cerita) biar bos tukarkan die ke bilik lain (drama sangat)
d. Tukar bilik dengan bos. biar bos pulak terpengaruh dengan mood negatif tu..(harapan sangat lah)

ok..that's cool..let's choose one of the option..!! hahaha :p |


|Ok, tipu je...dan semua pilihan itu takkan aku buat..haha..nak mati ke? aku akan cuba la bersabar dan bertahan..sabar tu kan separuh daripada iman..makin aku sabar, makin tinggi iman di dada..insyaAllah..tapi selama mana tu..? tidak ketahuan... haha..insyaAllah masih boleh dikawal.. dan akan sentiasa bersemangat no matter what!! yess!! :p |

The People's Choice for Favorite TV Comedy Actress is Lea Michele



am crying watching this coz i think Lea Michele is such a nice and cute creator i have ever seen..and am proud when she won that award!! :p

Tuesday, January 10, 2012

Mr.Adorable

| Ok, baru je lepas jumpe Mr.Adorable..whenever die flew from Penang..tak pernah nak inform dulu..tengok2 je mesti ada tercegat depan pintu bilik aku, terkejut dibuatnya..haha spot check la konon kan..nk tgk aku buat keje ke tak kannn..hehe..takpela Mr.Adorable..datang banyak2 kali pon xpe..at least ade orang yang boleh refer untuk siapkan keje tu kalau tak memang la takde sape boleh tolong..and one more thing..happy bila tengok muka die yang tenang dan segak itewww :) |

Sleepy Head

| Hari ini mengantuk ya amat..hampir-hampir nak decide untuk EL je pagi tadi..tapi bila fikir2 balik, tapayah la nak buat hal awal2 tahun ny..kalo betul2 emergency nnt camane kan..perkara malas tu boleh diatasi kot bila lihat kerja yang menimbun di atas meja..pastu smp office hado..jam 10:45 pagi, aku masih lagi termenguap-menguap depan pc dan tak boleh nak berfikir dengan critical sangat..arghhhh benci dengan keadaan ini! |

Friday, January 6, 2012

New Year Resolution

| Da hampir seminggu masuk tahun baru 2012..tapi kalau tulis tarikh kat mana2 borang or paper masih tersasul tulis tahun 2011..haha..tak sengaja..yela..setahun duk tulis tu bukan senang nak hilangkan tabiat yea dak? tapi tahun 2011 da berlalu suka atau tidak..yang penting banyak yang aku ingin capai tahun 2012 ny..insyaAllah pelan2 kayuh dan capai azam2 yang aku pasang ny..yang penting semangat untuk terus mencapai azam tersebut..|

AZAM 2012

  • Tamatkan latihan untuk lesen memandu secepat mungkin, pergi ujian dan dapatkan lesen memandu dengan jayanya!! 
  • Beli my dream's car..woo woot!! 
  • Usaha bersungguh-sungguh dapatkan kerja lain yang lebih secure, fun dan with happy working environment
  • Cari masa untuk bawak family bercuti
  • Mencari cinta sempurna dan mungkin kalau ada rezeki, nak settle down semuanya..penat da dengan keadaan sekeliling..hehe 





Happy New Year

Happy New Year 2012