Sunday, May 15, 2011

Life is Beautiful.. :p

Ini hanyalah gambar hiasan.tapi kami juga gila2 n fun :p
|Kebelakangan ini ramai je kawan2 yang mendirikan rumah tangga. Kawan yang sama amek degree mass comm dulu pon ramai yang da kawen dan bulan lepas je da dua orang.hari ini seorang lagi kawen. yang bertunang pon da ramai. dan awal bulan depan, kawan2 sekolah kat kampung lak.ramai tol duk ajak di kenduri..adeh.kena la amek cuti pulang ke kampung walaupun time tu agak busy ngan proses perpindahan office ke bangunan baru.tapi kena la balik juga. sebab nak juga la jumpa kawan2 especially di hari bahagia mereka kan sebab mungkin lepas ny lagi susah nak jumpa sebab masing2 da ade keluarga sendiri kan? mungkin da susah nak lepak2 cam dulu..hehe..it's ok la..masa mereka untuk ke tahap kehidupan yang seterusnya sudah sampai..alhamdulillah..bahagia ke akhir hayat hendaknya..amin.. :p tetibe teringat lak zaman2 sekolah dulu.kami in a group.mane2 pon satu group. miss that moment so much dan sekarang 2 orang sudah dan bakal kawen. tinggal lima orang lagi.dan mungkin ade lagi yang bakal kawen dalam masa terdekat..dan yang pasti bukan aku lah.aku pon tak pasti bila hari bahagia itu akan datang dan berlaku pada aku.insyaAllah semuanya sudah tertulis cuma kita je tak tau :p |

me dan my lil' lovely sista :p
| Dan next week my lil' sista akan mendaftar sebagai pelajar di UiTM Machang. walaupun da besar panjang.da 18 tahun tapi aku masih rasa die sebagai adik perempuan kecikku kerana aku melihat dia membesar depan mata. dari saat die lahir.masa die berumur 2-3 tahun, aku yang mengasuh dia. petang2 bawak dia jalan2 naek basikal keliling kampung dan walaupun ada latihan bola jaring, aku bawak dia juga kerana aku rasa tak boleh nak tinggal dia walaupun sekejap.aku sayang dia sangat.she is so adorable at that time..hehhehe..ade sifat keibuan kan aku ny? hehhe.. dan aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk dia. dan mungkin agak takut untuk membiarkan dia ke universiti kerana takut dia tak boleh biasakan diri dengan keadaan yang baru itu. tapi insyaAllah semuanya akan ok.dia da besar.harap2 dia boleh sesuaikan diri dengan baik dan tiada benda2 yang tak baik berlaku pada dia dan dia boleh belajar dengan elok, insyaAllah. dan aku, aku akan pastikan dia dapat belajar dengan baik. segala keperluan dia, aku akan cuba dapatkan selagi aku boleh supaya dia dapat belajar dengan tenang tanpa perlu fikirkan apa2. semoga semuanya baik2 aje untuk adik kesayanganku.. :p |

| Selama ini aku hanya mengimpikan untuk menemui teman sejati a.k.a best friend tapi hingga hari ini tiada kujumpa mereka yang benar2 boleh aku panggil teman sejati. yang memahami aku, yang berada denganku di saat aku memerlukan bahu untuk bersandar. yang boleh baca apa yang aku fikir tanpa perlu aku suarakan, yang boleh menyokong aku walaupun di saat aku tengah dijatuhkan, yang boleh buat aku senyum semula disaat aku sedih. sampai sekarang aku belom jumpa.mungkin aku terlalu pelik untuk difahami atau terlalu pelik untuk didekati? aku pon tak tahu. sedangkan aku pasti aku juga berkelakuan seperti biasa.makan apabila lapar, gelak apabila ada sesuatu yang kelakar, bercakap tak henti bila ada sesuatu yang menarik untuk diperkatakan, pakai pakaian yang sama juga dengan orang lain. tapi kenapa aku tiada seseorang yang betul2 baik untuk aku kongsikan apa yang berlaku? entah.mungkin adalah hikmahnya..terima saja.tapi bila tengok keakraban orang lain, teringin juga untuk mempunyai seorang sahabat sejati yang tidak mempunyai apa2 niat disebalik semua yang dilakukan. mungkin aku boleh hidup sendiri, mungkin sebab itu, Tuhan tidak hantar sape2 untuk berada dekat denganku..emmm mungkin..tiada siapa tahu..kecuali Dia.. :p |