Friday, August 27, 2010

Dia sungguh comel.. =)

| Proses selama 3 hari ny memang lah memeningkan kepala aku, sejak sebulan yang lepas lagi..banyak preparation yang perlu dilakukan..tapi lagi kesian pegawai aku la..banyak follow up yang die kena buat kan..? aku tolong setakat yang mampu sahaja la..tapi macam2 hal la berlaku..ada yang suka..ada yang duka..ada yang berkecil hati, ada yang bertekak, ada yang tanak buat kerja, ada lepas tangan, ada yang kena buat kerja muscle work berulang-ulang kali, ada yang stress, ada yang panic..macam-macam la...tapi at last, dapat juga audit ini dibuat...dan esok ialah hari terakhir..hopefully semuanya berjalan dengan lancar la...insyaAllah.. dengan komitment yang diberikan oleh panel2 yang hebat tu, pasti boleh dijayakan dengan baik...:) |

| Dan...aku happy melihat heroku di situ... :) |

Saturday, August 21, 2010

It's saturday bebeh!! :)

| Tetibe today aku terjaga pada pukul 4.30 pg sepeti biasa w'pon aku tak set alarm pon semalam..semangat bekerja nampak?? Heheee..it's just kerja mmg tengah banyak..hari2 pergi kerja pon muka ketat..semalam termarah budak baru..(mentangla da senior sket kan) actually tgh pening ngan masterlist untuk audit, tetibe die dtg mengejut, aku apalagi marah la..org ngah pening2 cer dtg tu bagi salam ke ape kan? Hehehe sorry yea awak? Tak niat nak marah pon..cume wrong timing je..hehehe. Garang juga :p |

|Pasal kes semalam tu, lantak pi la dorang nak buat dan cakap ape pon. Aku ade sokongan..y penting aku di sana untuk bekerja dan tolong unit yang agak kelam kabut skang ny. Adoi..macam2 jadi kat aku sejak dua menjak ny..xpe2 dugaan di bulan puasa ny. But thanx to you-know-who kerana sentiasa ada untuk bagi semangat dan pendapat. Kawan yang baek itu sentiasa ada untuk orang2 yang ikhlas berkawan. InsyaAllah :) |

Thursday, August 19, 2010

Sesuatu Yang Membuatku Tersenyum :.

| Semalam sesuatu telah membuatkan aku tersenyum dan berasa sungguh tenang..walaupun dengan kerja yang sungguh banyak dengan audit nya lagi kan...tapi aku berasa sungguh tenang dan masih mampu tersenyum sepanjang hari dan ditambah dengan Chocolate Indulgence Cake from Secret Recipe semasa berbuka cukup membuatkan aku tersenyum lagi sehingga dibuai mimpi :)  |



| Tetapi hari ini...semua itu terbang pergi meninggalkan aku, pagi-pagi lagi sebaik sahaja melangkah masuk ke office ny, aku mendapat berita ada yang kurang senang dengan status aku di sini buat masa ini. ada yang mempertikaikan sedangkan status perlantikan aku hanyalah berdasarkan projek dan hanya untuk beberapa bulan sahaja mengikut tempoh projek tersebut dan memandangkan audit masih belom selesai dan masih banyak kerja yang perlu dilakukan...tetapi ada pihak yang kurang berpuas hati...dan cakap-cakap belakang dan menjadikan hal ini sebagai isu...sakit ati betol dengan perangai manusia yang macam ny...kalo ade masalah, dan tak clear tentang sesuatu, datangla tanya jangan cakap-cakap belakang....kata umur da matang semua orang tapi nape buat orang laen rasa seperti tidak disenangi dan seperti pesalah sedangkan bukan aku yang pandai-pandai sendiri..pegawai dan bos yang menguruskan sambungan kontrak ini...hemmm... apalagi yang akan aku hadapi selepas ini...?? penat jugak la... :( |

Wednesday, August 18, 2010

Rest In Peace

| Al-Fatihah buat arwah Pak Mat a.k.a driver Encik Beroda Empat, Berkaler Biru...dalam keadaan yang serba kekurangan iaitu, bas rosak dan terpaksa menumpang bas lain untuk seminggu ini, aku lihat arwah sangat bertanggungjawab orangnya..walaupun basnya rosak, tapi dia tetap menjaga kebajikan penumpang2 tetap basnya..dia akan berusaha mempastikan penumpang2 tetap dapat pulang dengan selamat...terkejut mendengar berita yang secara tiba-tiba itu namun redha dan mendoakan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..insyaAllah...|

Monday, August 16, 2010

Kenapa..??

12 August 2010

| Aku sentiasa hanya  mengharapkan yang terbaik untuk diriku kerana menjadi harapan keluarga tercinta bukanlah senang..ma dan abah di kampung dan adik2 mengharapkan aku mendapat pekerjaan yang elok...tetapi kenapa terasa seperti banyak sangat halangan untuk mencapai cita-citaku nan satu tu..?? Terbaru, aku bakal kehilangan kerja..kontrak bakal berakhir pada 17 August nanti..dan tiba-tiba peluang yang mungkin membuatkan aku tersenyum dan kekal di sini hilang sepantas kilat. Apa yang mampu aku buat..?? I can do nuthing about it at all...dan aku sudah boleh membayangkan diriku membantu ibuku di kedai for da rest of my life..hehehe...|


| Am about to cry right now...lost hope..but i swear it won't happen in front of other people..Hari ini seperti semua yang menyedihkan dijadualkan untuk menimpa aku...hati aku terguris lagi untuk kesekian kalinya oleh Encik di atas talian..Itula..sape suh jeling-jeling kat die..kang da kena baling dengan batu...sakit woooo...pastu dapat keje bertimbun..pastu tibe dapat lak berita menyedihkan pasal contract keje...am totally lost right now... |