Wednesday, July 28, 2010

tik..tok..tik..tok...

| Hari ini sangat menguji kesabaran...banyak lagi document untuk audit..tapi aku juga happy kerana panel2 yang hadir baek-baek belaka..at least xdela stress sangat walaupun dalam hati tak sabar2 nak abes audit ny..nak gi jalan2 dan shopping kat melaka ny..bukan selalu leh datang sini..hehee...my frens lak tak sabar2 nak gi berkaraoke..hemmm..kalo la ade mase tu kan..?? hehehhe..nak ke tandas pon tak sempat, ny kan nak berkaraoke..harapan lah...|

| Seronok sangat ade kat sini..walaupun tiada sorang pon yang betol2 rapat dengan aku...dan tiada sorang pon yang selalu hang out bersama...tapi aku seronok..mereka sangat easy going dan boleh membuatkan aku lupa seketika akan perkara yang selalu membelenggu ny.. bukan sengaja nak biarkan benda tu berlaku..tapi ianya tak dapat dielakkan..dan end up, aku juga la yang asyik makan hati...nak buat camane pon, benda da jadi..jalan yang terbaik, rasenye, elok lah aku biarkan sahaja sebabnya aku pasti perkara ini tidak memihak kepada aku..mungkin ianya milik pihak lain...dan aku, hanya perlu ucapkan selamat tinggal dan tidak mengeruhkan keadaan...aku tahu aku tak patut pentingkan diri sendiri..it's not always about me kan..?? biarlah..walau sesakit mana pon aku, aku pon pernah jugak membuat decision camny..selalu sangat buat orang, biarlah time ny aku pula yang rasa...dan percaya lah...sungguh tak best perasaan ini... tapi itu lah jalan yang terbaik..kerana aku suka melihat perkara ini supaya tidak menyakitkan sesiapa kecuali aku..insyaAllah...aku kuat...dan aku pasti dengan tindakan yang bakal aku buat nanti... demi kebaikan semua =) |

Tuesday, July 27, 2010

haa hang bile lagi..???

| Kepada sesiapa yang seusia dan senasib denganku mestilah paham dengan tajuk di atas...hehee..adeh..susah bebenor nak jawab soklan itu.. yela..ate, kite ny belom berpunya..nak jawab pon tak reti..kalo kate tahun depan, mane nak cari seorang lelaki untuk dijadikan suami..?? kalo kate belom ade jodoh lagi, orang tak percaya..kate aku tipu la ape la..kalo kate belom ade jodoh lagi, ibu lak of course akan beriya-iya nak carikan calon dan calon yang paling die berkenan anak tok penghulu kat kampung tu la..kononnya, kerja bagus, budi pekerti bagus, rajin ke masjid..hormat orang tua..fuhhhh..hebat sungguh..ade lagi ke ciri2 lelaki camny skang..?? hahahha.. sebab setahu aku amatlah jarang orang camny..kalo betul ade, hari ni jugak aku suh mak aku gi meminang die bagi pihak aku (hahahha...itu aku tipula..nak mati..??) walau camane pon, aku takkan suh my mom carikan jodoh untuk aku, dibuatnye aku tak berkenan, camne..?? nak sehidup semati dengan dia, for the rest of my life taw..?? so, jalan paling baik skang, buat tataw ajelah.. ade la tu prince charming aku, tengah menunggang kuda mencari arah untuk menemui aku, mungkin dia ade kat German skang..mencari arah untuk ke Malaysia untuk menemui aku..hehehhe.. dream on..!! |

| Susah untuk menemui seseorang yang boleh membuatkan kita sentiasa terfikirkan dirinya.. melakukan sesuatu hanya untuk dia..mencari peluang untuk sentiasa bersama dia, dan sentiasa ternanti-nantikan sms atau panggilan dari dia...susah sangat...dan bila kita betol2 jumpa, tak semestinya dia akan suka kita pula kan..?? mungkin kita dianggap sebagai kawan je kan..? atau pun teman di kala bosan atau untuk menghabiskan credit telephone bimbit yang bakal tamat tempoh...atau menjadi perunding untuk tackle awek yang die berkenan atau untuk bertanyakan pendapat untuk membuat bakal kekasih hati gembira...hemmm... nak buat camane..?? sebab tak berani untuk mengkhabarkan pada seseorang kalau suka kat seseorang itu, sebabnya masih memegang kepada adat dan tradisi orang melayu yang sopan lagi ayu iaitu, jangan menjadi perigi yang mencari timba..hehhehe...tapi rugi la kalo timba tu hilang..camane...?? susah nak jawab tu...apa yang boleh aku cakap, masih menunggu..menunggu dan menunggu lah..semoga adalah sinar bahagia untuk diri aku nanti..insyaAllah.. =)  |

| Orang kate, kawan adalah tempat untuk kita menumpang kasih, untuk sama-sama bergembira..itulah yang aku lakukan..aku amat menghargai kawanku, aku sayang kawan2 ku..tapi apa yang aku berikan selama ini, seolah-olah tak cukup untuk membuat kawan-kawan aku mengingatiku..mungkin aku tidak mempunyai kereta empat roda yang boleh dibawa ke mana-mana atau mungkin aku bukan datangnye dari keluarga yang berada...atau mungkin aku bukan hot sangat tak setanding untuk duduk sama dan berdiri bersama (of course aku paling rendah) jadi aku terima seadanya... yang penting aku tetap akan menghargai mereka walau apa pon...maafkan diriku kerana tidak sempurna.. yang aku taw, aku menyayangi anda semua.. =) |

Thursday, July 15, 2010

Beralih ke sini pula

| Daripada Tumblr beralih pula ke blogspot..hehe..actually, before this I already have this blogspot tapi it's being restricted from login at my office, jadi I found a solution to makes me keep on blogging..that's why I use tumblr.com..ok jugak le, dua-dua pon same..yang penting ini lah caranya untuk meluahkan apa yang dirasai.. |


| About showdown 2010 yang aku rasa tak berapa berpuas hati tu, xleh nak buat ape la...keputusan da dapat pon..plus, apa la yang aku dapat dengan duk beremosi pasal benda tu, baek la aku fokus pada kerja2 yang menimbun ny (walaupun tak la banyak sangat keje pon) tapi am really proud of these groups especially Giller Battle Crew, HMC Phlow and Floor Fever..they all (in my opinion) sangat creative dan persembahan mereka harus dipuji..dengan kesungguhan mereka dan bakat mereka membuatkan ramai fans mereka sukakan mereka..tetapi selebihnya xleh la nak komen sebab aku tak pernah involve pon dalam dunia tarian pon, paling selalu aku buat pon tarian poco-poco kat tasik titiwangsa pada hari minggu atau pon aerobik..tu je..jadi xleh la nak komen lebih2 kan..hehe.. tapi sememangnya aku sangat berbangga dengan mereka ini kerana bagi aku, mereka da membuka mata mereka-mereka di luar dan rancangan showdown 2010 sendiri sangat seronok untuk ditonton walaupun at first I don't have any idea apa itu showdown 2010 ny..tapi bile start follow, rasa cam best pula..tabik spring lah buat showdown 2010 dan team2 pilihan yang tersebut di atas.. harap2 mereka akan tetap terus memperjuangkan tarian hip hop dan pergi lebih jauh lagi..mudah-mudahan =) |